1110941.jpg

PERKHIDMATAN KAMI


ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd adalah pengilang Bumiputra Muslim yang menawarkan perkhidmatan pengilangan kontrak bagi produk makanan dan minuman kesihatan dan kecantikan . Perkhidmatan kami merangkumi rekabentuk, formulasi, proses dan pembungkusan.
Fasiliti kami dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menepati syarat-syarat amalan pengilangan yang baik. Produk keluaran kami diproses dengan adab dan tertib bagi memastikan produk tersebut menepati konsep Halalan Thoyyiban.

ZY Phyto menawarkan perkhidmatan pengilangan kontrak dengan tawaran terbaik seperti berikut :

  • Pelbagai pilihan bahan mentah
  • Kuantiti pesanan minima yang rendah
  • Harga yang kompetitif
  • Produk berkualiti
  • "One Stop Centre" Rekabentuk, Formulasi, Proses & Pembungkusan
  • Keuntungan sehingga 500%
  • Mesra pelanggan

RANGKAIAN PRODUK ZY PHYTO

Rangkaian produk keluaran ZY Phyto Tech Industries terdiri dari :

Produk cecair:

• Jus kesihatan lelaki & wanita
• Jus untuk tenaga
• Jus herba
• Jus minda
• Jus makanan sunnah

Produk serbuk:

Minuman pelansing
• Minuman kecantikan
• Minuman Kolagen
• Kopi Pra-Campuran & Kopi ‘Power

Produk teh uncang:

• Teh pelansing
• Teh untuk kesihatan
• Teh Rooibos
• Teh herba
• Teh hijau

Kami hanya menggunakan bahan mentah yang berkualiti tinggi dari seluruh dunia yang mempunyai status halal.

Makanan sunnah yang digunakan adalah seperti kurma, madu, kismis, tiin, zaitun, delima, habbatussauda dan za'faran. Herba tempatan pula adalah seperti gaharu, mas cotek, misai kucing, pecah beling, manggis, pegaga, tongkat ali, kacip fatimah, manjakani, kayu manis, dan roselle manakala herba terbaik dunia pula adalah seperti goji, guarana, buah beri, ginseng, ganoderma, gingko biloba, maca, ubi bit merah dan sebagainya.