![]() | Zull Design Autotronic |

Zull Design Autotronic mula beroperasi pada penghujung tahun 80-an. Nama "ZULL" diinspirasikan daripada nama Pengarah Urusan Syarikat, Zulkifli Hj. Haron, seorang pereka cipta peralatan berteknologi di negara ini. Beliau telah berjaya membina reputasi Zull Design Autotronic sebagai sebuah syarikat yang boleh merealiasasikan impian para pelanggan daripada pelbagai sektor melalui bidang penciptaan memandangkan sebelum ini, peralatan berteknologi didominasi oleh syarikat luar. Atas dasar itulah, maka Zull Design Autotronic menjuruskan perniagaan dalam bidang penciptaan memandangkan penerokaan ini memberikan makna simbolik kepada hasrat kerajaan. Di Zull Design Autotronic, kami percaya kreativiti anak tempatan adalah setanding dengan masyarakat barat malahan kadangkala melebihi ‘standard' pemikiran mereka. Sokongan masyarakat Malaysia bakal menyaksikan produk tempatan boleh berdiri sama tinggi dan boleh dibanggakan. Zull Design Autotronic memulakan perniagaan dengan kerja-kerja membekal penghawa dingin dan pendawaian serta bimbingan teknikal kepada mekanik-mekanik bas milik syarikat MARA HOLDINGS SDN. BHD. Aktiviti penciptaan pula telah bermula seawal 1986 dengan ciptaan awalnya sebuah kereta yang dipasang dengan sistem automasi dan boleh bergerak sendiri tanpa pemandu. Zull Design Autotronic mula dikenali ramai apabila berjaya menghasilkan "LOT 2020″ iaitu sebuah rumah pintar berkuasa solar dan mesra alam, sempena Hari Alam Sekitar 1990 dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong pada masa itu, DYMM Sultan Azlan Shah. Inisiatif Zull Design Autotronic telah menarik perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadikan kami sebagai perunding rujuk mata pelajaran reka cipta serta melatih guru-guru diseluruh negara. Lanjutan daripada itu, terhasil pula Pertandingan Rekacipta Kebangsaan hasil dari khidmat nasihat kami dan terbuktilah bahawa Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju jika bakat mereka dicungkil. Syarikat swasta juga kini telah mula memberikan penumpuan kepada syarikat kami untuk menghasilkan peralatan yang sukar didapati di negara ini. Kebolehan kami merekacipta mengikut keperluan mereka, kos yang murah dan alat ganti serta penyelenggaraan tempatan menjadikan syarikat kami sebagai pilihan mereka. |
| NAMA SYARIKAT | : | ZULL DESIGN AUTOTRONIC |
| NO. PENDAFTARAN | : | 000832962-W (2 JUN 1990) |
| ALAMAT | : | NO. 35, JALAN SERI PAGI 1 PUSAT PERDAGANGAN SERI PAGI, 48200 SG CHOH RAWANG, SELANGOR |
| NO. TELEFON | : | 03-6092 1928 |
| NO. FAKS | : | 03-6091 4000 |
| WEBSITE | : | http://www.zulldesign.com.my |