Zaisara EnterprisePakar pengeluar produk kuih, biskut & dodol |

Zaisara Enterprise secara rasminya telah didaftarkan pada 30 Januari 2007 dan menyediakan perkhidmatan menjual makanan Biskut Raya, Dodol Kacang Merah, Kek dan Makanan Sejuk Beku. Sebelum ini, mereka telahpun memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan sejak lebih 20 tahun dan setiap produk kuih muih yang dihasilkan mereka sentiasa mengalami perubahan dari segi rasa dan kualiti. Pengalaman sepanjang 20 tahun ini digunakan sepenuhnya bagi menghasilkan kuih muih dan biskut raya yang benar-benar sedap, kontemporari, dan yang pasti rasa yang asli.
Pengasas Zaisara Enterprise, Puan Zaiton bersama anak-anak beliau yang bertungkus lumus mengusahakan perniagaan ini tanpa rasa jemu, lebih-lebih lagi apabila setiap hasil 'karya' mereka diterima dengan baik oleh setiap lapisan pembeli. Setiap tahun pasti teratak kediaman mereka yang juga 'pusat operasi' perusahaan membuat kuih muih dan biskut raya ini dikunjungi oleh orang ramai bagi mendapatkan produk-produk yang berkualiti.
Berhasrat untuk meluaskan perniagaan mereka ke persada antarabangsa, Zaisara Enterprise kini mengambil inisiatif baru iaitu mewujudkan laman web mereka sendiri iaitu www.zaisara.com demi memperkenalkan setiap produk keluaran mereka kepada orang ramai dengan lebih dekat lagi. untuk melihat jenis-jenis produk-produk yang disediakan sila kunjungi laman web Zaisara untuk mendapatkan harga dan senarai-senarai produk yang dikeluarkan. Kini Zaisara Enterprise sedang bergerak maju demi mendekati hati dan selera anda.