![]() | Total Clean Enterprise |
PENGENALAN Total Clean Enterprise (TCE) adalah syarikat milikan tunggal yang didaftarkan pada 31/07/07 dan dimiliki sepenuhnya bumiputera. TCE beralamat di No 32 Jalan SG 10/11, Taman Sri Gombak 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Aktiviti utamanya adalah membekal barang cucian kepada pengguna (sekolah, kontraktor, individu, masjid, pejabat), menyediakan perkhidmatan mencuci bangunan, masjid, sekolah serta mengeluarkan produk cucian sendiri seperti ; detergen dan sabun serbuk pencuci. Sebelum ini TCE telah menjalankan perniagaanya atas nama Istiqoma Industri sejak 1990. Total Clean Enterprise mengutamakan kepuasan pelanggan dari segi harga, perkhidmatan dan keberkesannanya. Kami memberi sepenuh komitmen dalam pengendalian perniagaan ini. Oleh itu, setiap komentar dan maklum balas dari pengguna diutamakan sebagai penanda aras dalam pencapaian syarikat ini. Selain memfokuskan keuntungan perniagaan, kami juga memberikan khidmat selepas jualan. Oleh kerana kebanyakan pelanggan syarikat ini terdiri daripada tempat ibadat tiga peratus dari keuntungan dihulurkan untuk tujuan kebajikan. Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Total Clean Enterprise :
Dengan pengenalan serba ringkas di atas, Total Clean Enterprise amat berbesar hati untuk menghulurkan segala keperluan yang dipinta oleh mana-mana individu, syarikat persendirian, badan korporat serta jabatan kerajaan. FALSAFAH " Kebersihan Asas Kemajuan Ummah " Selaras dengan usaha kerajaan mengetengahkan kebersihan masjid, kami meyahut seruan itu yang bertepatan dengan falsafah kami. Kebersihan tidak diboleh dipandang remeh oleh institusi berwajib atau individu kerana ia boleh mengurangkan OBJEKTIF Total Clean Enterprise mahu dilihat bukan sahaja sebagai syarikat yang membekalkan perkhidmatan pencucian tetapi dilihat sebagai syarikat pengeluar sabun serbuk pencuci dan detergen yang kukuh dalam pasaran negara. Walau bagaimanapun objektif ini tidak akan berjaya tanpa sokongan masyarakat, badan korporat dan jabatan kerajaan. Boleh dihubungi : 019- 232 3280 / 012-404 0080. Facebook : http://www.facebook.com/pages/Total-Clean-Enterprise/138328602850138?v=info |