Sri Wawasan Catering (SWC) telah ditubuhkan pada 12 Julai 1997 dan telah beroperasi di alamat TD 83, Aras 2, Pasar Moden Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

Sri Wawasan Catering telah menjadi salah sebuah penyaji makanan rasmi Kerajaan Malaysia semenjak Tahun 2000.

Pengurus syarikat ini telah berpengalaman selama 15 tahun di salah sebuah catering terkemuka di Kuala Lumpur. Segala pengalaman yang ditimba semasa berkhidmat di sana telah dicurahkan untuk memajukan perniagaannya untuk menjadi antara yang terbaik dan terkemuka di Kuala Lumpur. Melalui pengalaman tersebut beliau menjadi sangat mahir di dalam bidang ini.

Sri Wawasan Catering (SWC) merupakan perniagaan keluarga. Ini kerana hampir semua ahli keluarganya terlibat dalam pengurusan perniagaan ini sama ada secara lansung atau tidak lansung. Dengan cara ini perngurusan SWC menjadi lebih mudah, baik dan teratur. Kesannya adalah terus kepada pelanggan SWC sendiri. Para pelanggan akan dapat menilai sendiri kesan pengurusan cekap ini apabila berurusan dengan SWC kerana segalanya menjadi mudah dan teratur.

Sri Wawasan Catering sering mendapat banyak tawaran dan tempahan daripada pelbagai individu dan

sri-wawasan-catering.jpg

syarikat ternama. Ini termasuklah daripada agensi kerajaan seperti DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Jabatan Pendidikan, Memorial Tunku Abdul Rahman dan syarikat ternama seperti Takaful Malaysia, Petronas, Hospital Ampang Puteri dan banyak lagi. Tawaran ini diterima berulang kali kerana agensi-agensi berkenaan amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh SWC.