1369300_SG.jpg

 

Sri Utara Catering Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1975 oleh Puan Hajjah Puteh Mohamad secara kecil-kecilan di Gerai Muhibbah, Jalan Hussein, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 beliau telah membuka sebuah restoran dengan menggunakan nama Restoran Sri Utara di Batu 3 1/2, Jalan Gombak dan dalam masa yang sama membuka cawangan yang baru di Tingkat 2, Bangunan Medan Mara, Jalan Raja Laut dengan menggunakan nama Restoran Lidya Ain.

Pada tahun 1993, kami telah menandatangani perjanjian selama 2 tahun beroperasi di kantin kerajaan iaitu JPA, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Pada awal tahun 1997 kami telah membuka sebuah lagi restoran di Jalan Belangkas, Kampung Pandan. Sri Utara Catering Sdn Bhd mula bergiat di dalam bidang pembekalan makanan dan sekarang ini beroperasi di No.26, Jalan 10, Taman Batu, Greenwood, Gombak.

Sri Utara Catering Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milik bumiputera 100% yang beroperasi di : No.26, Jalan 10, Taman Batu, Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor DE. Kami menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis seperti Hari Khidmat Pelanggan, Mesyuarat Agong, Sambutan Tahun Baru, Hari Perayaan, Jamuan Hi Tea dan lain-lain majlis keramaian.

Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang katering ini, kami telah banyak mendapat tender-tender kerajaan seperti : Sambutan Hari Kemerdekaan, Perhimpunan Hari Pekerja 2006 & 2009, tender membekalkan makanan sepanjang Bulan Ramadhan Di Masjid Wilayah dan terpilih sebagai salah satu panel katerer di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.