260334_WP.jpg

 PENGENALAN

SCOPELINK (M) SDN BHD (Scopelink) sebuah syarikat milik Bumiputra sepenuhnya diterajui oleh Pengarah UrusanTuan Hj. Tahir Bin Jaafar dengan modal berbayar sebanyak RM500,00.00 ditubuhkan pada 12hb Ogos 1991. Kegiatan utama Scopelink merangkumi bidang pembekalan kertas photostat, alatulis, toner & cartridge, peralatan & perabot pejabat, audio visual, alat pandang dengar, kenderaan, cenderamata & hadiah, lesen / pengenalan dan pas keselamatan berbalut dan lain-lain.

Pada 12hb Disember 2002, Scopelink telah dilantik sebagai "MASTER DEALER" menandatangani satu Memorandum Persefahaman dengan 99 DA Group Centre Sdn Bhd, dimana syarikat tersebut adalah pengeksport tunggal bagi kertas photocopy berjenama "Double A" dan percetakan berjenama "Hi-Tech" yang dikeluarkan oleh Advance Agro Public Company Limited (Thailand) dan Hi-Tech Paper Company Limited (Finland).

Di dalam Memorandum Persefahaman tersebut, Scopelink telah dilantik sebagai pemegang Agensi 'Master Dealer' yang merupakan satu-satunya Syarikat Bumiputra yang diberi hak untuk mengimport terus dari Advance Agro Plc Thailand pengilang kertas 'Double A'. Scopelink telah diberikan kepercayaan untuk memasar dan menyertai tender/sebutharga, membekal dan menghantar kertas ke seluruh Pejabat Kerajaan Pusat/Negeri dan Sektor Korporat di Malaysia.

Pengalaman Scopelink selama tiga belas (13) tahun telah berjaya mendapat kepercayaan semua pihak terutamanya pelanggan. Di samping itu juga Scopelink mempunyai tenaga pekerja yang berpengalaman untuk memberikan mutu perkhidmatan yang lebih cemerlang.

PRODUK SYARIKAT

  • Photocopy Paper
  • Digital Camera & Digital Color Copier Paper
  • Toner & Cartridge
  • Canon, Copier Machine
  • Office Equipment
  • Office Furniture