1373584_NS.jpg

Latar Belakang:

Samirah Frozen Food ialah sebuah syarikat Industri kecil dan sederhana Bumiputra yang tertumpu di dalam pengeluaran kuih-muih tradisional yang beroreientasikan makanan sejuk-beku.

Telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan mendapat bimbingan daripada Jabatan Pertanian Daerah Seremban. Nama Samirah telah diambil daripada bahasa Arab iaitu bermaksud teman untuk sajian makanan sejuk beku di Malaysia.

Pengasas:

Samirah Frozen Food telah diasakan oleh Puan Rosmala Bte Ghazalipada tahun 2003 dan pendaftaran perniagaan telah dibuat pada tahun 2004.

Memiliki kelulusan Sarjana Muda Sains Komputer dan mempunyai pengalaman bekerja selama 12 tahun di salah sebuah Syarikat Teknologi di dalam bidang "PENGAWALAN KUALITI PRODUK"

Dalam menjalan perniagaan berasaskan makanan sejuk beku, beliau telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada ibu beliau menganggap sebagai tanggungjawab untuk menyediakan makanan yang bersih dan halal bagi pengguna beragama ISLAM.

Misi:

Menjadi sebuah syarikat pengeluaran makanan halal (Bumiputra) berasaskan produk asa tani kuih muih tradisional sejuk beku untuk pasaran domestik dan antarabangsa.  Selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai Hub produk halal antarabangsa.

Tumpuan Perniagaan:

Pengeluar dan pengilang kuih muih tradisional melayu dengan berkonsopkan makanan sejuk-beku.

Produk - Produk yang dikeluarkan:

1. Koci Ku Segera

2. Chara Berlauk Segera

3. Karipap Pusing Segera

4. Lepat Pisang Segera

5. Pulut Panggang Segera dan lain lain.