![]() | Orion Rigel Stars Security Sdn Bhd |
| |
| |
Orion Rigel Stars Security Sdn Bhd was incorporated on September 9, 2010 in Kota Kinabalu, Sabah with company number 852990.
| ||
Orion Rigel Stars Security Sdn Bhd telah diperbadankan pada 9hb September 2010 di Kota Kinabalu, Sabah dengan nombor Syarikat 852990. Orion Rigel Stars Security Sdn Bhd memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan seperti pengawal bersenjata api, pengawal tanpa senjata, kawal iring wang serta pengedaran wang syiling.
Profail SAC II Datuk Abdul Wahab bin Sulaiman. SAC II Datuk Abdul Wahab bin Sulaiman mula berkhidmat dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai Inspektor Percubaan pada 10 November 1969. Sepanjang tempoh 35 tahun perkhidmatan dalam PDRM, Datuk Abdul Wahab telah beberapa kali dinaikkan pangkat iaitu Assistant Superintenden Polis (ASP) (01/07/1976), Deputi Superintendan Polis (DSP) (14/12/1987), Superintendan (SUPT) (01/10/1992), Assistant komisiner Polis (ACP) (06/02/1998) dan Senior Assistant Komisinor Polis II (SAC II) (16/03/2001). Selain itu, Datuk Abdul Wahab juga memegang pelbagai jawatan seperti Pegawai Pengangkutan Lengkongan, IPD Sandakan (1975-1976), Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu (1978-1981), Ketua Polis Daerah Tuaran (1986-1987), Pensyarah Diploma Police Science Maktab Polis Kuala Kubu Baharu (1987-1991), Ketua Polis Daerah Tawau (1991-1992), Ketua Polis Daerah Sandakan (1992-1994), Pengarah RELA Negeri Sabah (1994-1998) dan Timbalan Ketua Polis Perlis (1998-2001). Datuk Abdul Wahab merupakan graduan dari Indiana State University, Terre Haute, Indiana, U.S.A. yang dianugerahkan ijazah Sains Politik dan Sains Kriminologi (BSc. Political Science and Criminalogy) pada tahun 1984 dan sarjana Kriminologi (MSc. Criminology) pada tahun 1987. Dengan kelulusan akademik yang baik serta pengalaman kerja, Datuk Abdul Wahab banyak menyumbangkan bakti dalam memantapkan PDRM. Pengalaman dan Pendedahan. (i) Pengarah RELA Negeri Sabah Sebagai Pengarah RELA Negeri Sabah, Datuk Abdul Wahab terlibat secara langsung dalam perancangan dan perlaksanaan program-program kemasyarakatan. Antara objektifnya ialah untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran rakyatnya khususnya mereka yang berada di luar bandar terhadap projek-projek pembangunan negara. Rakyat juga diberi peluang untuk terlibat dalam menjaga ketenteraman dan keamanan kampung mereka serta dapat membuka minda mereka untuk lebih mencintai negara. Pengalaman sebagai Pengarah RELA Negeri Sabah, Datuk Abdul Wahab lebih memahami secara mendalam terhadap implikasi dan aplikasi dasar-dasar kerajaan dalam meningkatkan pembangunan modal insan/Negara. (ii) Pensyarah Diploma Sains Kepolisan Bertugas sebagai pensyarah Diploma Sains Kepolisan, menambahkan ilmu pengetahuan Datuk Abdul Wahab dalam bidang Perlakuan dan Tingkah-Laku manusia (Behavioral Science). Datuk Abdul Wahab telah mengkaji pendekatan/kaedah psikologi, antropologi, sosiologi dan "human science" dan membuat perbandingan dengan situasi sebenar yang terjadi di persekitaran. Kajian-kajian tersebut dapat membantu Datuk Abdul Wahab dalam memberikan ceramah ataupun bengkel dengan lebih berkesan. Salah satu kajian yang dibuat oleh Datuk Abdul Wahab dan pernah diketengahkan dalam bengkel-bengkel motivasi ialah Pengurusan Stress. (iii) Pengerusi Persatuan-Persatuan Polis Pada tahun 1974 Datuk Abdul Wahab telah dipilih menjadi Pengerusi Persatuan Polis Cawangan Inspektor selama dua penggal. Pengalaman tersebut amat mencabar kerana terlalu banyak anamoli jabatan yang meliputi skim perkhidmatan seperti elaun sewa rumah dan peluang kenaikan pangkat. Datuk Abdul Wahab telah mengemukakan isu-isu yang dipertikaikan dengan jelas dan berkeyakinan semasa mesyuarat agong tahunan persatuan yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara serta pengarah-pengarah. Kini, Datuk Abdul Wahab masih lagi bergerak aktif dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Polis Cawangan Pegawai yang Diwartakan. (iv) Presiden Persatuan di University Datuk Abdul Wahab pernah memegang jawatan President Persatuan Pelajar Malaysia (ISUMSA) bagi penggal 1984/1985 semasa melanjutkan pengajian di Indiana State University, Terre Haute, Indiana, U.S.A. Pengalaman tersebut cukup mencabar kerana Datuk Abdul Wahab berhadapan dengan Persatuan Pelajar Islam Malaysia (MISG) yang cenderong dan penyokong kuat parti politik PAS di Malaysia. Walaupun begitu, Datuk Abdul Wahab berjaya mengurangkan persengketaan di antara kumpulan pelajar tersebut dan meningkatkan sokongan mereka kepada kerajaan Malaysia. (v) Ahli Lembaga Temuduga Pada tahun 2000 Datuk Abdul Wahab telah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengerusi Temuduga Konstable dan sebagai Ahli Lembaga Temuduga Inspektor pada tahun 2001 bersama-sama dengan Y.Bhg Datuk Pallah Utoh. (vi) Anugerah Bintang Berdasarkan perkhidmatan yang cemerlang serta sumbangan-sumbangan yang Datuk Abdul Wahab sepanjang berkhidmat dalam PDRM, Datuk Abdul Wahab telah dianugerahkan bintang-bintang berikut :- Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) (2001), Kesatria Mangku Negara (KMN) (2001), Ahli Mahkota Perlis (AMP) (2001), Bintang Setia Kinabalu (BSK) (1981), Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) (2003) dan Panglima Gagah Darjah Kinabalu (2003).
|