One Step Design & Advertising adalah sebuah syarikat Bumiputera yang sedia ada memenuhi keperluan dalam bidang rekaan, pengiklanan & percetakan dengan cekap dan pantas. Usaha awal membangunkan One Step Design & Advertising

ini adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak serta permintaan pasaran yang semakin berkembang pesat dalam bidang pengiklanan dan percetakan ini. Ianya juga adalah satu langkah menyahut seruan kerajaan untuk mengembangkan lagi bilangan usahawan bumiputera, menceburkan diri di dalam bidang perniagaan terutamanya yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat (IT) & pengiklanan.

Pakej perkhidmatan yang ditawarkan adalah meliputi proses mencari idea & konsep dari tema yang telah dipersetujui bersama pelanggan, rekaan grafik, penyuntingan & pembacaan pruf, penghasilan filem, pembuatan plat, percetakan hitam putih, dua warna dan percetakan empat warna, penjilidan, pembungkusan serta penghantaran. Ini semua dibantu dengan pelbagai kemudahan peralatan terkini bagi memnuhi kehendak serta kepuasan pelanggan.

Antara lain, One Step Design & Advertising optimis untuk berkembang, membangun dan berjaya serta berdaya saing seiring dengan perkembangan pesat ekonomi kini. Oleh itu kami amat memerlukan segala sokongan anda, bagi menjadikan impian kami sebuah realiti.

Kami percaya aset yang paling penting, adalah sokongan kakitangan pereka grafik dan pemasaran yang berkelayakan, terlatih dan berpengalaman luas telah memberikan perkhidmatan terbaik demi kepuasan pelanggan.