Masterpiece Interior |

Masterpiece Interior - Kami adalah pusat hentian setempat milik Bumiputera sepenuhnya, untuk reka bentuk hiasan dalaman. Kami menawarkan rangkaian lengkap reka hiasan dalaman yang terkini daripada lantai hingga ke siling untuk projek komersial dan kediaman. Sasaran pasaran kami adalah pelanggan yang ingin berpindah ke kediaman baru dan yang ingin membuka pejabat dan premis baru. Kami juga menawarkan perkhidmatan hiasan dalaman di kediaman dan premis yang telah diduduki.
Kami adalah syarikat berpengalaman dan selaras dengan trend semasa, kami memenuhi keperluan pelanggan dengan penuh inovasi dan kreativiti. Kami menjalankan kerja menghias ruang dalaman dari skala kecil kepada pengubahsuaian besar-besaran dan sentiasa fokus kepada kualiti. Masterpiece Interior adalah syarikat yang berdaftar dibawah Kementerian Kewangan, dan menjadi vendor kepada institusi-institusi seperti FELDA Holdings, Multimedia University, Kolej Poly-Tech MARA dan INFRA.
Berterapkan nilai dedikasi kepada tahap kepuasan pelanggan yang tinggi, kami bangga dapat mewujudkan asas pelanggan ulangan dengan beberapa projek asal sebagai rujukan. Pelanggan kami termasuk pelbagai projek komersil seperti agensi kerajaan, restoran dan unit kondominium mewah.
Fokus utama kami adalah untuk menyiapkan projek pada masa dan dalam lingkungan bajet yang ditetapkan, tanpa berkompromi tentang kualiti. Masterpiece Interior menghasilkan kualiti kerja tertinggi dalam waktu yang telah ditetapkan dan berusaha untuk menjadikan setiap kerjasama dengan kami satu pengalaman yang menyeronokkan buat pelanggan.
Masterpiece Interior berdiri atas prinsip: -
1) Setiap pelanggan mampu untuk mempunyai hiasan dalaman yang diimpikan;
2) Kepuasan pelanggan adalah satu keutamaan menerusi produk kualiti
pada harga berpatutan;
3) Setiap pelanggan berpeluang merealisasikan impian menerusi penyelesaian
yang terbaik mengikut bajet yang diperuntukkan.
4) Akujanji syarikat untuk menyiapkan projek tempahan pelanggan sebelum
atau pada tempoh masa yang ditetapkan.
Antara produk dan perkhidmatan kami adalah:-
1) Kertas hiasan dinding dan mural foto
2) Fabrik dan kelengkapan langsir
3) Pelbagai jenis bidai dalaman dan luaran
4) Permaidani dan ambar
5) Lantai berlamina, kayu solid dan vinil
6) Kayu komposit, siling dan panel dinding
7) Pintu boleh lipat (bi-fold door)
8) Skrin tingkap penahan serangga
9) Filem tingkap berwarna (window tinted film)
10) Siling plaster
11) Gril tingkap dan pintu
12) Hiasan dinding 3 dimensi (3D Board)
13) Kabinet dapur dan almari pakaian
14) Pembekalan perabot pejabat
"Sila hubungi kami untuk sebarang temujanji dan lawatan ke ruang |