1170963 - 1.jpg

                     
                                                                                                       

TENOM COFFEE SDN BHD started as a small business in Kuala Tomani village.  During the previous years, where coffee beans were not sold due to their low prices, coffee beans were processed and fried only for family members.  Due to small and limited market for coffee in Tenom, demand for coffee was also low.  However, coffee beans that are grinded into fine powder are able to seek higher prices compared to non-grinded beans.  Beginning in December 2009, the coffee that is processed in Kuala Tomani will be sent to Petagas for packaging and marketing.

           

Products from Tenom Coffee Sdn Bhd are not only marketed locally but also to other countries such as Brunei, Indonesia, Korea, Japan and Arab countries.  In Kota Kinabalu, most Malay and Muslim Indian restaurant sell Tenom coffee. A well known restaurant in Kota Kinabalu known as Sri Rahmat Restaurant located in Segama sells around 200 cups of Tenom coffee every day.  The business has another sales branch located in Jalan Tunku Abdul Rahman, which was previously located in PWTC, Kuala Lumpur.

           

Using our own homemade formula, Tenom Coffee Sdn Bhd blends its coffee powder in order to get the best coffee flavour.  Other than using coffee beans and selected herbs, Tenom coffee does not mix the coffee with ingredients such as ground rice, corn or wheat which is the practice of many coffee producers.  It’s the company’s policy that coffee should be grown naturally without the use of fertilizers and pesticides. The coffee beans are also fried using firewood instead of cooking gas to prevent damaging the coffee’s scent.

           

Tenom coffee can be enjoyed especially during the rainy season together with fried banana fritters, boiled sweet potato, sago pancakes, roasted corn and even with biscuits.  Unlike coffee served in posh hotels and big coffee companies, Tenom coffee are made by ordinary people, for the people.  Affordable and high quality, Tenom coffee is simply the better choice.

           

Our coffee is a proud product of the Sabah people and it will continue to expand its business internationally to be able to compete with other well-known international brands.  Tenom coffee is a suitable and enjoyable drink for all coffee enthusiasts especially Sabah people who love and enjoy having our coffee.

      

KOPI TENOM SDN BHD dimulakan secara kecil kecilan di kampung Kuala Tomani.  Pada peringkat awal biji kopi digoreng untuk kegunaan keluarga.  Oleh kerana harga yang rendah, biji kopi yang ditanam disimpan bertahun-tahun kerana tidak dapat dijual.  Seterusnya, biji kopi dijadikan serbuk untuk mendapatkan harga yang terbaik.

P
asaran kopi di daerah Tenom sangat terhad.  Bermula pada Disember 2009, kopi yang dimasak di Kuala Tomani telah di hantar ke Petagas untuk pembungkusan dan pemasaran.  Kopi Tenom Sdn Bhd juga telah membuka bilik jualan di PWTC Kuala Lumpur tetapi oleh kerana pihak PWTC mengambil alih tempat tersebut , pihak kami terpaksa berpindah ke bangunan di Jalan Tunku Abdul Rahman.

P
roduk Kopi Tenom Sdn Bhd telah tersebar di Malaysia, Brunei, Indonesia, Korea, Jepun dan negara negara Arab. Di daerah Kota Kinabalu, kebanyakan restoran melayu dan india muslim ada menjual Kopi Tenom. Salah satu restoran terkenal iaitu  Restoran Sri Rahmat di Segama Kompleks menjual 200 cawan kopi Tenom setiap hari.

K
opi Tenom Sdn Bhd mempunyai formula tersendiri untuk menghasilkan serbuk kopi yang mempunyai aroma kopi yang terbaik.  Disamping biji dan herba terpilih, Kopi Tenom Sdn Bhd tidak mencampurkan kopi dengan bahan-bahan asing seperti beras hancur, jagung, gandum dan sebagainya yang menjadi amalan kebanyakan pengilang kopi.

K
opi Tenom Sdn Bhd  berpendapat kopi harus ditanam secara semulajadi iaitu penggunaan baja dan racun ditahap paling sedikit.  Racun serangga tidak dibenarkan sama sekali disembur pada daun atau buah kopi.  Penggorengan kopi juga perlu menggunakan kayu api untuk menggelakkan bau gas memasak di mana ia akan merosakkan aroma kopi sebenar.

K
opi Tenom Sdn Bhd mencadangkan kopi kami dinikmati semasa musim hujan.  Apabila musim hujan, kopi boleh dinikmati bersama pisang goreng, ubi rebus, pulut dengan ikan masin, jagung bakar, ubi bakar, lempeng sagu dan biskut.  Kopi Tenom juga sangat nikmat jika dimakan bersama nasi goreng dan nasi lemak daun pisang yang telah sejuk.  Caranya kunyah nasi goreng dan minum kopi O sedikit semasa nasi masih di dalam mulut.  Kami tidak menggalakkan kopi dihidangkan di hotel lima bintang atau cafe.  Kopi Tenom dihasilkan oleh masyarakat Dusun biasa dan biarlah ia dinikmati oleh orang biasa.

K
opi Tenom Sdn Bhd adalah milik masyarakat asli Dusun negeri Sabah dan ianya akan terus hidup subur walaupun kopi-kopi jenama antarabangsa telah memasuki pasaran negeri Sabah sejak sekian lama.  Kopi Tenom masih dapat mempertahankan kedudukannya kerana rakyat Sabah sentiasa tahu menilai kopi yang memberi mereka kenikmatan yang sangat syahdu dan kekal lama.