Klinik Bersalin Annur |
KLINIK BERSALIN ANNUR merupakan salah sebuah klinik bersalin yang terawal di Shah Alam. Ia mula dibuka pada 1hb Februari 1995 di Seksyen 18, Shah Alam. Kami berpindah ke Seksyen 6, Shah Alam sekarang ini setelah mengambil alih Klinik Anis pada 1hb November tahun yang sama. Pada asalnya ia dibuka sekadar memenuhi tuntutan Fardhu kifayah bagi membolehkan ibu-ibu membuat pilihan untuk melahirkan bayinya dengan doktor perempuan Muslim, Insya Allah.
Klinik ini memberi peluang kepada ibu-ibu yang tidak bermasalah melahirkan bayinya di tempat yang selesa dengan bayaran yang berpatutan. Persediaan klinik ini amat sederhana sehingga ibu-ibu boleh menganggapkan yang mereka sedang bersalin di rumah. Para suami diminta menemani dan memberikan sokongan kepada isteri semasa bersalin.
Kami hanya mengambil kes-kes yang berisiko rendah untuk bersalin di sini. Di antara kes-kes yang tidak diterima adalah seperti:
Tempahan untuk bersalin di sini boleh dibuat dari kandungan berusia 7 bulan. Tetapi ibu-ibu digalakkan membuat pemeriksaan rutin bagi kandungan bermula dari 3 bulan sama ada di klinik ini atau di klinik yang berhampiran sebelum membuat tempahan di sini.
Pemeriksaan ibu mengandung atau tempahan untuk bersalin boleh di buat di:
1. KLINIK BERSALIN ANNUR 1G-2, Pusat Daerah, Jln Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, Shah Alam. Tel: 03-5519 9354 Masa: Isnin - Khamis: 9.00 Pagi - 4.00 PetangJumaat: 4.00 Petang - 9.00 Malam2. PUSAT RAWATAN ISLAM SHAH ALAMKlinik Dr Noorhajar30, Jln Pinang C, Seksyen 18, Shah AlamTel: 03-5542 8451BIL PEMBIAYAAN UNTUK KES BERSALIN: