
KESEDAR INN, GUA MUSANG
Menawarkan penginapan di KESEDAR Inn dan Kem Etnobotani masing-masing terletak di Bandar Lama dan Bandar Baru
Gua Musang, Kelantan. Disamping berstatus hotel dua bintang, ianya turut berfungsi sebagai Pusat Latihan.
KESEDAR Inn - Bersebelahan Istana Hinggap, kira-kira 2 km daripada Bandar Baru atau berhadapan caltex dengan jarak kira-kira 200 meter, KESEDAR Inn menawarkan penginapan pelbagai jenis calet termasuk calet mewah dan beberapa katagori bilik.
Perkhidmatan restoran turut menyediakan masakan barat dan china selain masakan tradisional yang popular dengan masakan tempoyak ikan sungai seperti ikan tengalan, krai dan kelah. Terdapat tiga buah dewan menampung masing-masing 50 orang, 100 orang, 250 orang serta perkhidmatan internet wifi dan astro.
Turut menawarkan perkhidmatan pakej kursus, seminar, mesyuarat, latihan, majlis perkahwinan dan lain-lain seumpamanya yang merupakan satu-satunya hotel di Gua Musang dapat menawarkan perkhidmatan sedemikian dengan kuantiti yang sederhana besar pada satu-satu masa.
Kem Etnobotani - Lokasi bersebelahan Kem PLKN dan Kolej KPTM-KESEDAR, kira-kira 2.5 km daripada Bandar Baru Gua Musang. Menawarkan penginapan calet, dorm dan tapak khemah dengan aktiviti utama perkhemahan pasukan beruniform (sekolah, IPTA, IPTS, IPG dan lain-lain) serta pakej penginapan kursus, seminar, taklimat dan latihan katagori kadar harga yang minima.
Kem ini turut popular dengan aktiviti lasak seperti mendaki tembok asli, flying fox, abseiling, halangan dan meneroka gua serta rekreasi dan riadah seperti taman kanak-kanak, taman mini herba serta ternakan rusa dan burung kasawari.
Untuk keterangan lanjut hubungi kami seperti berikut:
Tel : 09-912 1229 / 912 1491
Fax : 09-912 2131
Email : [email protected]
Alamat : KESEDAR Inn, Jln Kesedar Inn, 18300 Gua Musang, Kelantan Darul Naim.