1424085_PK.jpg

 

Pendahuluan

Isky Travel & Tours Sdn Bhd (623639-W) KPL/LN5398 yang dahulunya dikenali sebagai Isky Travel & Management Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 31hb Julai 2003. Ia merupakan sebuah agensi pelancongan dan pengembaraan Bumiputera yang berwibawa dan berpengalaman untuk memenuhi permintaan para pelanggan korporat, badan kerajaan serta persendirian.

Dengan lonjakan permintaan pakej-pakej pelancongan Muslim diserata dunia, adalah amat bersesuaian bagi syarikat kami menjadi perintis yang menyediakan pakej lengkap (fullboard) dan juga pakej Ground sahaja. Selain dari menyediakan pakej lengkap, syarikat kami juga menyediakan pakej "Tailor Made" (Pakej mengikut permintaan pelanggan). Perkhidmatan ini akan membantu individu, syarikat-syarikat dan juga agensi kerajaan merancang perjalanan percutian mereka.

Isky Travel & Tours Sdn Bhd komited dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti dan profesional untuk program-program berikut:

  • Perkhidmatan Pakej Umrah
  • Pakej Pelancongan Domestik (Inbound)
  • Pakej Pelancongan Luar Negara (Outbound)
  • Agensi Pengembaraan & Tempahan Tiket (Ticketing)
  • Perkhidmatan Pengangkutan ; Bas & Limosin
  • Khidmat Nasihat Pelancongan
  • Pengurusan Acara / Hari Keluarga

Misi Kami

Isky Travel & Tours Sdn Bhd beriltizam untuk mencapai visi dengan :

  • Menyediakan dan mempermudahkan perkhidmatan Umrah & Ziarah,  pelancongan domestik dan pelancongan luar negara dengan selamat.
  • Memperkasa ekonomi bumiputera dan ummah keseluruhannya
  • Memberi nilai untuk wang pelanggan (Value for money)

Visi Kami

Isky Travel & Tours Sdn Bhd berazam dengan Insya'ALLAH untuk menjadi sebuah syarikat Bumiputera yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan yang terkemuka di Malaysia dan di dunia dengan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Piagam Pelanggan

Isky Travel & Tours Sdn Bhd berazam dengan Insya'ALLAH untuk

  • Menyediakan perkhidmatan Umrah dan Ziarah, pelancongan domestik dan pelancongan luar negara pada harga berpatutan.
  • Menyelaras urusan penerbangan dan pengangkutan darat yang menepati masa, selamat dan boleh diharapkan.
  • Menyelaraskan urusan penginapan yang bersih dan selesa.
  • Memberi layanan yang mesra, cepat dan cekap.
  • Memberi maklumat yang tepat, jelas dan terkini.