iel.jpg


Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) adalah sebuah syarikat berhad yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 14 September 1993 dengan tujuan untuk mengangkat industri terjemahan dalam negara, menangani urusan berkaitan terjemahan dan kejurubahasaan, selain bertanggungjawab merangsang usaha pemindahan ilmu pada semua peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Dengan modal asas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, dan pentadbirannya yang diuruskan Kementerian Pelajaran, ITNM bergerak selari dengan falsafah korporatnya untuk membina sebuah masyarakat progresif berteraskan sains dan teknologi, serta berusaha memperkaya ilmu dan menggalakkan daya saing negara dalam ekonomi serantau.

VISI
-Untuk menjadi badan penterjemahan terunggul di Malaysia.

MISI
-Mengatasi halangan bahasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan melalui terjemahan berkualiti untuk melahirkan masyarakat maju, selaras dengan Wawasan 2020;
-Memperkaya kepustakaan berbahasa Melayu sebagai wahana pemikiran bangsa Malaysia meliputi aspek budaya, sains dan teknologi melalui terjemahan berkualiti;
-Mengantarabangsakan karya kebangsaan secara berterusan melalui aktiviti penterjemahan supaya setanding dengan karya yang diiktiraf dunia.

PERKHIDMATAN ITNM:

  1. Terjemahan
  2. Kejurubahasaan
  3. Latihan Terjemahan / Kejurubahasaan

 

Malaysian National Institute of Translation (ITNM) is a limited company established by the government of Malaysia on 14 September 1993 with the aim of elevating the translation industry in the country. It deals with matters relating to translation and interpreting, apart from stimulating efforts of transferring information at all levels, national and international.
With its share capital wholly owned by the Ministry of Finance and its administration managed by the Ministry of Education, ITNM is guided by the corporate philosophy of creating a scientific and progressive society, striving to enrich the repository of knowledge and promoting the competitiveness of the nation in regional economics.

VISION
-To be the leading translation organisation in Malaysia.

MISSION
-To overcome barriers in the dissemination of knowledge through quality translation for a developed society consistent with Vision 2020;
-To enrich the knowledge repository in Malay pertaining to the thinking of Malaysians regarding culture, science and technology through quality translation;
-To internationalise national works continuously through translation to produce works recognised worldwide.

ITNM SERVICES:

  1. Translation
  2. Interpreting
  3. Translation / Interpreting Courses