indasia.jpg

INDASIA SECURITY SERVICES SDN BHD (ISSSB) telah ditubuhkan pada bulan mei 1995 dan memulakan perniagaannya pada tahun 1996 sebagai perkhidmatan kawalan keselamatan setelah dilesenkan di bawah Akta Agensi Persendirian. Walaupun dibenarkan di bawah lesen tersebut untuk membekalkan perkhidmatan kawalan keselamatan bersenjata dan pemindahan wang tunai, kami hanya menumpukan perhatian kepada perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata.

Kami juga berdaftar di bawah Kementerian Dalam Negeri (KKDN) dan menjadi ahli dalam Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM).

PELANGGAN
Dalam perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata, kami mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Terengganu, Kedah, Sabah, Pahang, Melaka, Kelantan, Langkawi dan Negeri Sembilan. Pelanggan-pelanggan kami terdiri dari sektor kerajaan, separuh kerajaan dan sektor swasta.

VISI
Menjadi sebuah syarikat yang sentiasa berdaya saing dalam sektor keselamatan.

MISI
Dapat memenuhi segala keperluan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang efisyen dan berkualiti.

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan yang professional kepada pelanggan secara menyeluruh dengan memenuhi kehendak pelanggan.
  • Mengambil tindakan yang cepat terhadap segala aduan dan teguran kepada perkhidmatan yang diberikan.
  • Mempunyai Pengawal Keselamatan yang cekap dan berdedikasi sejajar dengan matlamat memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
  • Memberikan latihan yang diperlukan oleh Pengawal Keselamatan seperti dikehendaki oleh kerajaan dan pelanggan.
  • Menggunakan peralatan keselamatan yang berteknologi dalam membantu mutu perkhidmatan yang lebih efisyen.
  • Menjaga kebajikan para pekerja dengan baik supaya dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni dan semangat berpasukan.