product.jpg

 

Prof. Dr. Azizan Ismail mula menceburi bidang perniagaan berasaskan perubatan homeopati sejak 1980 , dengan penubuhan klinik perubatan homeopati yang pertama di Jitra, Kedah. Pada masa yang sama beliau telah merumus formula berasaskan homeopati dan herba. Produk pertama dan terulungnya, Examo CKM 500 (kombinasi istimewa garamtisu biokimia Schuessler) dirumus 2 tahun sebelum itu (1978). Sebelum ini, penyediaan bahan aktif dan formulasi dilakukan sendiri sementara proses lain dijalankan melalui pengilangan kontrak dengan pengilang homeopati di luar negara.

Dengan pertambahan permintaan terhadap produk homeopati dan perubatan alternatif, Prof. Dr. Azizan Ismail menubuhkan Darulaman Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd. (Homeolab) dalam tahun 2000. Homeolab adalah sebuah kilang bertaraf GMP dan dilesenkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Homeolab adalah kilang homeopati yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.

VISI

Menyedari kemanjuran dan kemurnian pelbagai terapi alternatif dalam rangka penjagaan kesihatan, maka syarikat beriltizam akan mempertahankan dan memperjuangkannya sedaya mungkin agar dikenali, diyakini dan diterima sebagai satu pilihan terunggul yang penuh dengan keinsanan.

MISI

Homeolab adalah sebuah badan perniagaan ;
Perubatan altenatif (Homeopati, Biokimia & Herba) adalah teras urusan perniagaan kami;
Tanggungjawab kami ialah mengeluarkan produk perubatan alternatif yang berkualiti;
Objektif utama kani ialah untuk menyumbang kepada kesihatan manusia sejagat melalui perubata altenatif.

MOTTO

KUALITI
KEANDALAN
TULUS