hm.jpgBuat pencinta hiasan kediaman gaya Inggeris, barangan daripada Vantage tentunya bukanlah sesuatu yang asing. Tambahan pula, setiap produknya memang diakui berkualiti tinggi. Sebab itulah, sekiranya anda sukakan gaya Inggeris di kediaman anda, salah satu pengedar Vantage, HannyMadu Home Decor ini seharusnya tercatat dalam senarai kedai yang perlu dikunjungi. Katakan apa sahaja yang anda mahukan, langsir, fabrik, perabot, kertas dinding, barangan porselin, kusyen, cadar, alas meja, aksesori hiasan dalaman dan sebagainya ada di sini.  

Selain menampilkan seleksi produk Vantage, mereka juga menawarkan pelbagai gubahan bunga yang ada antaranya sudah siap digubah serta boleh ditempah mengikut cita rasa anda. Pelbagai reka bentuk kertas dinding turut disediakan buat anda yang ingin memberikan wajah segar dan berbeza pada ruang kediaman anda.

Selain itu, ia juga menawarkan perkhidmatan tempahan langsir dengan menggunakan fabrik Vantage mengikut rekaan yang dikehendaki pelanggan. Ada ramai pelanggan yang datang ke sini bagi menempah langsir terutama pada hari-hari perayaan seperti hari raya.

Berkunjung dan membuat pembelian di sini juga tentunya berbaloi buat anda yang tinggal di sekitar Puchong, Shah Alam, dan Subang Jaya kerana perkhidmatan penghantaran yang disediakan adalah secara percuma. Sementara itu, bayaran penghantaran untuk luar kawasan pula dikenakan pada kadar yang sangat berpatutan.