1337636_KN.jpg

Drexham Holdings Sdn Bhd
S/53, Lot 78, Kg Darat Demit,
Jln Raja Perempuan Zainab II,
16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 609-7645720, Fax: 609-7645722
Email: [email protected]

PENGENALAN

Drexham Holdings Sdn Bhd (DHSB) merupakan kedai perkakasan (hardware) yang menawarkan perkhidmatan membekal dan memasang kekuda besi (sebagai cabang niaga utama), membekal dan memasang atap, serta jualan produk binaan daripada bahan binaan asas sehinggalah aksesori untuk sesebuah bangunan.

Antara produk binaan yang diniagakan adalah cat, paver konkrit, peralatan sanitari dan pelbagai lagi jenis bahan binaan. DHSB juga telah dilantik sebagai pengedar rasmi untuk negeri Kelantan bagi beberapa jenis produk binaan. Matlamat penubuhan DHSB adalah untuk menjadi "one stop solution centre" kepada para pelanggan dalam memenuhi permintaan semasa terhadap bahan-bahan binaan, di samping memberi layanan yang mesra & perkhidmatan yang cemerlang, pada harga yang berpatutan.

AKTIVITI PERNIAGAAN

Cabang Niaga Utama

Membekal dan memasang kekuda besi dengan menggunakan khidmat Bluescope Lysaght (Malaysia) Sdn.Bhd. sebagai pembekal bahan & sub kontraktor dalam projek pemasangan kekuda besi

 Lain-lain Cabang Niaga

- Membekal dan memasang atap clay, konkrit dan metal daripada jenama Terreal Terracotta, GCI, Monier, ASC, Lama, Vintage dll
- Membekal cat daripada jenama Mr Paint Man dan Jotun
- Membekal paver konkrit daripada jenama ACPI
- Membekal peralatan sanitari daripada jenama Potex, Econax, Claytan, and Orin
- Menjual produk binaan bermula daripada bahan binaan asas sehinggalah aksesori untuk sesebuah bangunan seperti besi,batu   bata,simen,pasir, peralatan pertukangan,pempaipan dan pemasangan, jubin dinding dan lantai, kelengkapan bilik air dan sebagainya.

DHSB merupakan pengedar rasmi untuk negeri Kelantan bagi produk di bawah jenama Mr Paint Man (cat), ACPI (Atap dan paver konkrit) dan Potex. Antara pembekal-pembekal untuk produk binaan yang lain pula adalah seperti Wajaplas Industry Sdn Bhd, KTSPS Trading Sdn Bhd, Seng Li Marketing Sdn Bhd, Syn Tai Hung Sdn Bhd, Ari Timur Sdn Bhd (Ajiya), Ikta Sdn Bhd dan sebagainya.