LOKASI

Syarikat Bukit Bidang Kuari (M) Sdn Bhd yang mana kegiatan kuari bagi pengeluaran bahan granit berada di Kampung Bukit
Bidang, Mukim Bukit Merbau, Daerah Pasir Puteh, Kelantan iaitu terletak lebih kurang 30 kilometer dari bandar Kota Bharu.
Kawasan tersebut terletak di antara pekan Selising dan pekan Kok Lanas. Kawasan ini di hubungkan dengan rangkaian
jalanraya yang baik.

PENGELUARAN

Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 1978 sebagai pengeluar dan pembekal bahan granit sehingga sekarang. Operasi
sebenar syarikat adalah terlibat dengan proses penggerudian, peletupan, pemunggahan, penghancuran, pengkelasan,
menyimpan stok dan seterusnya pembekalan.

Oleh kerana permintaan terhadap bahan granit meningkat, pihak syarikat telah mempertingkatkan pengeluaran dengan
menggunakan mesin penghancur batu granit yang lebih besar serta menambah bilangan jentera-jentera yang berkaitan
dengan proses pengeluaran. Pekerja-pekerja adalah dari golongan yang mahir serta memiliki banyak pengalaman
di dalam aktiviti pengkuarian.